Tuesday, January 7, 2014

Kalau nak orang memahami kita, cubalah memahami Allah...
Jaga perhubungan kita dengan Allah maka Allah jaga hubungan kita sesama manusia..
Jangan pendirian tidak tetap...
Baru Allah uji sikit dengan kesusahan dan ragam orang disekeliling kita, kita pulak beremosi nak MURTAD!
Macamana Allah nak tolong, pendirian pada Allah pun x tetap dan x ikhlas...

Kalau ikhlas, cubalah terima ujian Allah denagn REDHA.. 
Bukan sentiasa menyalahkan diri orang lain saja..
Kadang diri sendiri ada kelemahan yg kita x nampak...

Cubalah bermuhasabah diri..bukan mencari kesalahan org lain dan buat keputusan yang mendatangkan murka Allah..Islam bukan agama yang menjadi bahan mainan...
Dan jangan suka-suka mempermainkan Islam..
Kalau nak jadi Islam kenalah terima hakikat ujian bersusah dan payah..
Masuk Islam bukan terus boleh jadi kaya, hidup mewah dan hidup senang...Cubalah belajar untuk menerima hakikat tanpa menyalahkan sesiapapun...
Kalau Allah murka islam dipermainkan, saya pun marah gak..tapi biar saja Allah yang judge..sy xde kuasa..sy hanya mampu nasihat...masuk islam kerana Allah...bukan kerana kepentingan...

Tuesday, July 23, 2013

Lelaki yang berakal dan bermaruah tidak akan menyentuh pasangannya sehinggalah tiba masa dia dinikahkan..
Lelaki begini adalah lelaki terbaik untuk dijadikan calon suami...


~ Emyne Fahimah Chan
Perempuan yang bersedia dan x sabar nak nikah adalah perempuan yg sgt2 sesuai dijadikan isteri kerana sentiasa mengelak dari diundang maksiat...

~ Emyne Fahimah Chan
Insan yang tidak bahagia adalah insan yang sentiasa suka membuatkan orang lain menderita...mahupun hanya daripada kata-katanya..

Wednesday, May 29, 2013

Hadiah yang paling teristimewa dari Allah swt kepada diri ini setelah diberikan kasih sayangNya adalah... 15 june..Pertengahan bulan,pertengahan tahun ini adalah :

<3 Kelahiranku ke dunia..
<3 Kehidupanku yang dikurniakan nikmat nyawa..
<3 Kebebasanku setelah 18 tahun didalam lingkungan peliharaan ujian cabaranNya..
<3 Kesedaranku mengenali keindahan Islam lebih dalam..
<3 Perkongsian dari penulisanku di publish dan semestinya untuk menuju ke jalan kebahagiaan Allah..

15 june adalah KEBAHAGIAAN..walau dunia ini penuh penyiksaan... ^_^
Tiada yang lebih indah dari apa yang Allah ciptakan, kita ini adalah manusia dari limpahan rahmat dan kasih sayangNya..
Terima kasih Allah... <3 Allah <3 Rasul

Wednesday, May 22, 2013

Lebih baik sedar diri jahil dan hina pada pandangan Allah,tapi paling kesian kepada manusia yang tidak sedar2 kerana Allah tutupkan pandangan mata hati mereka daripada nikmat Allah...Lebih baik memilih duduk dalam penghinaan dari duduk dalam kesesatan...
Dalam hina kita akan sentiasa sedar siapa diri kita..kemuliaan adalah kerahmatan yg kita cari,bukan kepuasan diri yg ditunggangi nafsu emosi..

'Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".' Al-Quran (6:25)

Moga Allah lindungi hambaNya yang sentiasa berjuang demiNya,Rasulnya dan agamaNya..
Ameen...
Untuk menjadi orang yang beriman,bergaullah dengan golongan yang beriman,...
akan sentiasa terpelihara hatinya untuk Allah..