Thursday, October 18, 2012

PILIHAN


Pilihan dalam memilih..
Diantara pilihan yang kita selalu letakkan didalam simpang keraguan,kewarasan menjadi penggerak utama meletakkan kata putus dalam meletak persimpangan yang berbeza...
Diantara yang mana satukah?Allah memberi kita pilihan untuk memilih,terpulang kepada diri bagaimana untuk mentafsir pilihan..
Jangan salahkan maha pencipta yang menghadiahkan kurniaan,sedang kita akui setiap kirimanNya adalah indah dan nikmat belaka..Salahkan diri diatas kelemahan dalam memilih...diantara kebaikan atau keburukan,aqal menjadi transaksi segala persoalan..Diantara faham akan pilihan,sudah pasti akan membuahkan suatu sifat dalam mereaksikan positif atau negatif...Tanyalah pada diri..:)

Thursday, October 11, 2012

SAKIT

Seberapa ramai yang mengetahui kekurangan dan kelemahan kita,ia tidaklah sehebatnya dengan setiap kesakitan yang dirasai..
Perih yang di tampakkan,adalah lebih parah lagi yang meratapi..
seolah suatu kesakitan yang di perjuangkan akan keredaan,tiada ketepian yang mengungguli kelegaan..
selama sakit ia,makin menderitalah jiwa...

Wednesday, October 10, 2012

KELAM MALAM

Dalam kelam masih ada siang,di dalam siang entah masih meraba bagai kegelapan...manusia itu adalah ibarat kesunyian di temani malam tanpa bintang...ibarat hati tanpa jiwa dan jiwa tiada iman dan ketakwaan...

Thursday, October 4, 2012

BERTAWADHU' LAH

Manusia zaman sekarang,lebih gemar membandingkan kebijakan masing2 daripada bertawadhu demi sebuah perkongsian ilmu,..
Bawa dengan hemah dan nilai akhlak yang tinggi bukan saja dr perbuatan,malah dari percakapan juga...silap percaturan,ia mungkin akan merosakkan ukhwah dan persona islam...ilmu bukan saja di pamerkan pada pengetahuan,malah pd akhlak juga..

Wednesday, October 3, 2012

DARJAT

Semakin derajat kita diangkat,semakin ujian itu makin hebat..Allah maha memahami kudrat hamba2nya,jangan pernah lupa kekuatan didalam sujud kepadanya,..seluhur,sesuci hati yang bersujud kepadanya,semakin dekat dan tinggi penglihatan kita disisinya...amiin...

BERSABARLAH

Bila Allah mendatangkan ujian dari orang2 yang kita sayangi di sekeliling kita,itu adalah sebenarnya ujian yang boleh dikatakan agak sukar...walau bagaimana jua beratnya,kekalkan keikhlasan,luruskan nawaitu dan beristiqomah dalam kesabaran...tiada yang mampu membantu selain dari Allah jua....insya Allah...

BERSANGKA BAIKLAH

Mengenali dan memahami perasaan seseorang dengan meletakkan rasa empati akan mewujudkan kasih dan sayang dalam silah ukhwah diantara satu sama lain..Allah menciptakan diantara setiap hambanya dengan pelbagai perbezaan yang memberi ereksi pada pandangan setiap hambanya..diantara sifat negatif dan positif yang kita tunjukkan akan jadi suatu oenilaian kepada ALLAH....Maka,sentiasalah menunjukkan riak wajah yang MANIS SEINDAH RUPA..dan sentiasalah BERSANGKA BAIK...

Seperti terkandungnya didalam surah Hujraat ayat 12,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

FAHAMI LAH

Janganlah kamu mendekati seseorang itu dengan sifat ingin mengenali diatas tujuan menilai keburukannya atau melihat kelemahannya kerana diatas sifat itu,ia mempamerkan betapa rendah dan lemahnya keimanan dan ketakwaan kita yang diperlihatkan kepada ALLAH yangnkita sendiri tidak sedari...

MUSTAHIL KAH

Tiada yang mustahil dalam berjuang apa saja melainkan diri yg memustahilkan sesuatu didalam fikirannya...tetapkan doa didalam dadamu wahai sahabat sekalian...

PERASAAN DALAM KASIH SAYANG

Mengenali dan memahami perasaan seseorang dengan meletakkan rasa empati akan mewujudkan kasih dan sayang dalam silah ukhwah diantara satu sama lain..Allah menciptakan diantara setiap hambanya dengan pelbagai perbezaan yang memberi ereksi pada pandangan setiap hambanya..diantara sifat negatif dan positif yang kita tunjukkan akan jadi suatu oenilaian kepada ALLAH....
Maka,sentiasalah menunjukkan riak wajah yang
MANIS SEINDAH RUPA..dan sentiasalah BERSANGKA BAIK...

Tuesday, October 2, 2012

INILAH KELEMAHAN

Janganlah kamu mendekati seseorang itu dengan sifat ingin mengenali diatas tujuan menilai keburukannya atau melihat kelemahannya kerana diatas sifat itu,ia mempamerkan betapa rendah dan lemahnya keimanan dan ketakwaan kita yang diperlihatkan kepada ALLAH yangnkita sendiri tidak sedari...