Saturday, November 10, 2012


Jangan memaksa diri untuk berusaha mencari ilmu,..boleh jadi hasil yang dimiliki tiada keberkatan kerana tiada keikhlasan...
sebaliknya bimbinglah dan mengajar diri untuk mendalami ilmu walaupun tidak suka,lama kelamaan dengan tawadhu' dan niat di dalam hati,diri itu akan hadir dengan keikhlasan yang membuka pintu ruang keberkatan...
Indahnya kasih sayang Allah..^_^

Hakikat,..
Hikmahnya hakikat..terimalah apa yang diciptakan dan dikurniakan buat diri kita..kelebihan yang tersembunyi itu kita cari berlandaskan usaha yang luas pemikiran dalam sifat positif dan tawadhu'..
Bukan tidak boleh bermimpi untuk memiliki keindahan yang ciptakan untuk orang lain,tapi ingatlah...tidak sehebat nyata yang kan kita miliki dikemudian hari di akhirat berbanding apa yang kita cemburui dari pandangan mata terhadap keindahan yang dimiliki orang lain..

Redha,..
Redha lah diatas ketentuan yang di kirimkan bagi mengakali kesabaran dan keutuhan iman kita..
ya,..kita tidak kuat,namun cuba melawani perasaan..lawan rasa yang tidak tenteram dan memujuk hati dengan mendekati ilmu2 Allah serta mendapatkan keberkatan kasih sayang dari Allah pasti sangat membantu dan sungguh berbaloi..:)

Sunday, November 4, 2012

MANUSIA BERTOPENGKAN APA INI?

Sebahagian lelaki bijak menarik hati wanita dengan menggunakan kepandaian agamanya..jenis mempergunakan agama diatas kemahuan yang di idamkan...org jenis apakah ini?Menggunakan islam sebagai alat kepuasan?


KAHWIN MUALLAF,PERCUMA ATAU MUDAH?

Kahwin dengan reverts bukan kahwin free..kahwin dengan mereka ibarat berjanji dan bersumpah kepada Allah diatas amanah dan tanggungjawab yang sangat berat...
Bilanlihat ramai sangat yg gembira kerana berjaya memikat para muallaf dan bawa mereka masuk islam,mereka ini x sedar mereka berhadapan dengan situasinyg tersangat berat..kahwin muallaf dianggap x perlu guna modal yg banyak,buat secara ringaks kerana boleh jimat dan menggunakan alasan keagamaan sebagai satu sebab mengadakan secara ringkas...
Bila usia perkahwinan sudah menjangkau pertengahan,kemanisan sudahnpudar atau tiada,jangan kata bimbingan,pandangan juga jadi suram bak kelabu asap...Nak salahkan siapa?Apakah mereka akan disalahkan diatas nama isteri?Atau derhaka?Alasan apakah itu?Alasan untuk si suami tambah cawangan dengan senang hatinya?Apakah perasaan diantara penderitaan isteri yg menanggung siksa dan suaminyang menanggung derita kerana tidak dapat menahan nafsu?
Dimana janji lidah yang menipu itu ketika sebuah ikrar perkahwinan di ungkapkan?mudah sungguh kan?Bagus sungguh!Terasa sungguh bangga bila melaluinya kan?
Amanah bukan suatu permainan,...Amanah adalah suatu tuntutan oleh Allah..Bersikap baiklah pada mereka..Tiada beza keistimewaan itu diantara reverts dan muslim sejati...
Harta benda jika hilang amanah menjadi isu besar,namun bagaimana amanah yg menjadi tuntutan di akhirat?Siapa yang akan jawab ketika bibir di 'pencen'kan tugasan utk tidak berkata2 diakhirat nanti terhadap tanggungjawab dari ALLAH?
Pandangan terhadap muallaf oleh manusia yang tiada berhati perut dan perasaan sungguh hina...Hinakah muallaf?
Mengabaikan amanah Allah itu diantaranya dengan memandang kepentingan nafsu manakah lebih hina?
Susah sangatkah menjaga mullaf ini?Susah sangatkah untuk membimbing muallaf ini?...
Rata kebanyakan kes,sebahagian besar peratus lebih memihak kepada penganiayaan kepada muallaf atau reverts..
Maafkan saya,..janganlah marahkan saya bila martabat dan maruah muallaf cuba dilindungi...mangsanya kebanyakan dari golongan wanita..
Hingga mempunyai cahaya mata yang cantik sungguh wajah,pengorbanan dalam merempuh liku hidup sebagai seorang reverts...hasilnya ibarat keluar mulut buaya,masuk mulut harimau...
Mereka para reverts ini juga punya harga diri dan maruah..Bila suka indahnya bagai nak rak...bila dah jemu,pukul memukul pun berlaku ala2 wresling WWF...cukup2lah mereka ini menderita...Aduhai ya Robbi...manusia apakah sang suami atau lelaki yang bersifat bak haiwan?Pukul itu adalah dari yang DAYUS belaka...ingat kepada tuhan...jika tidak mampu membimbing,lepaskanlah mereka dalam keadaan aman...demi kerana perikemanusiaan yg masih ada,kasihanilah mereka dari golongan teraniaya ini..sungguh,Allah maha melihat...
Dosa kepada Allah pasti dimaafkan dengan taubat nasuha..dosa sesama insan,tidakkan tersentuh jejak ke syurga selagi tiada kemaafan...Wahai sang pembimbing yang leka,bukalah mata...lihatlah dunia..dunia ini bermain dengan nafsu yang sungguh alpa..
Selagi keseronokkan itu masih ada,selagi gembira ditungganginya,teuskanlah pilihanmu dengan hilai tawa...Akhirat itu jelas ada walau tiada rupa...jika berani menanggung beban neraka,...BERGEMBIRALAH...

Thursday, October 18, 2012

PILIHAN


Pilihan dalam memilih..
Diantara pilihan yang kita selalu letakkan didalam simpang keraguan,kewarasan menjadi penggerak utama meletakkan kata putus dalam meletak persimpangan yang berbeza...
Diantara yang mana satukah?Allah memberi kita pilihan untuk memilih,terpulang kepada diri bagaimana untuk mentafsir pilihan..
Jangan salahkan maha pencipta yang menghadiahkan kurniaan,sedang kita akui setiap kirimanNya adalah indah dan nikmat belaka..Salahkan diri diatas kelemahan dalam memilih...diantara kebaikan atau keburukan,aqal menjadi transaksi segala persoalan..Diantara faham akan pilihan,sudah pasti akan membuahkan suatu sifat dalam mereaksikan positif atau negatif...Tanyalah pada diri..:)

Thursday, October 11, 2012

SAKIT

Seberapa ramai yang mengetahui kekurangan dan kelemahan kita,ia tidaklah sehebatnya dengan setiap kesakitan yang dirasai..
Perih yang di tampakkan,adalah lebih parah lagi yang meratapi..
seolah suatu kesakitan yang di perjuangkan akan keredaan,tiada ketepian yang mengungguli kelegaan..
selama sakit ia,makin menderitalah jiwa...

Wednesday, October 10, 2012

KELAM MALAM

Dalam kelam masih ada siang,di dalam siang entah masih meraba bagai kegelapan...manusia itu adalah ibarat kesunyian di temani malam tanpa bintang...ibarat hati tanpa jiwa dan jiwa tiada iman dan ketakwaan...

Thursday, October 4, 2012

BERTAWADHU' LAH

Manusia zaman sekarang,lebih gemar membandingkan kebijakan masing2 daripada bertawadhu demi sebuah perkongsian ilmu,..
Bawa dengan hemah dan nilai akhlak yang tinggi bukan saja dr perbuatan,malah dari percakapan juga...silap percaturan,ia mungkin akan merosakkan ukhwah dan persona islam...ilmu bukan saja di pamerkan pada pengetahuan,malah pd akhlak juga..

Wednesday, October 3, 2012

DARJAT

Semakin derajat kita diangkat,semakin ujian itu makin hebat..Allah maha memahami kudrat hamba2nya,jangan pernah lupa kekuatan didalam sujud kepadanya,..seluhur,sesuci hati yang bersujud kepadanya,semakin dekat dan tinggi penglihatan kita disisinya...amiin...

BERSABARLAH

Bila Allah mendatangkan ujian dari orang2 yang kita sayangi di sekeliling kita,itu adalah sebenarnya ujian yang boleh dikatakan agak sukar...walau bagaimana jua beratnya,kekalkan keikhlasan,luruskan nawaitu dan beristiqomah dalam kesabaran...tiada yang mampu membantu selain dari Allah jua....insya Allah...

BERSANGKA BAIKLAH

Mengenali dan memahami perasaan seseorang dengan meletakkan rasa empati akan mewujudkan kasih dan sayang dalam silah ukhwah diantara satu sama lain..Allah menciptakan diantara setiap hambanya dengan pelbagai perbezaan yang memberi ereksi pada pandangan setiap hambanya..diantara sifat negatif dan positif yang kita tunjukkan akan jadi suatu oenilaian kepada ALLAH....Maka,sentiasalah menunjukkan riak wajah yang MANIS SEINDAH RUPA..dan sentiasalah BERSANGKA BAIK...

Seperti terkandungnya didalam surah Hujraat ayat 12,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

FAHAMI LAH

Janganlah kamu mendekati seseorang itu dengan sifat ingin mengenali diatas tujuan menilai keburukannya atau melihat kelemahannya kerana diatas sifat itu,ia mempamerkan betapa rendah dan lemahnya keimanan dan ketakwaan kita yang diperlihatkan kepada ALLAH yangnkita sendiri tidak sedari...

MUSTAHIL KAH

Tiada yang mustahil dalam berjuang apa saja melainkan diri yg memustahilkan sesuatu didalam fikirannya...tetapkan doa didalam dadamu wahai sahabat sekalian...

PERASAAN DALAM KASIH SAYANG

Mengenali dan memahami perasaan seseorang dengan meletakkan rasa empati akan mewujudkan kasih dan sayang dalam silah ukhwah diantara satu sama lain..Allah menciptakan diantara setiap hambanya dengan pelbagai perbezaan yang memberi ereksi pada pandangan setiap hambanya..diantara sifat negatif dan positif yang kita tunjukkan akan jadi suatu oenilaian kepada ALLAH....
Maka,sentiasalah menunjukkan riak wajah yang
MANIS SEINDAH RUPA..dan sentiasalah BERSANGKA BAIK...

Tuesday, October 2, 2012

INILAH KELEMAHAN

Janganlah kamu mendekati seseorang itu dengan sifat ingin mengenali diatas tujuan menilai keburukannya atau melihat kelemahannya kerana diatas sifat itu,ia mempamerkan betapa rendah dan lemahnya keimanan dan ketakwaan kita yang diperlihatkan kepada ALLAH yangnkita sendiri tidak sedari...

Sunday, September 30, 2012

BIMBINGAN ISTIQOMAH

Entah nak kata apa...
Bila diri cuba melarikan diri demi membuka ruang yang terbaik untuk memilih yang terbaik,kenapa mesti aku juga menjadi panahan istiqomahnya?....APAKAH KERANA....

Dalam DHUHA tasbihku memuji kurniaan limpahan rahmat...
Dalam qiam TAHAJJUD ku penuh kekayaan berkat,..
Dalam sujud akur ku akan sepenuhnya TAUBAT,..
Dalam tawadhu' ISTIKHARAH ku simpul di ikat,..
Dalam rasa hati ku menyusun HAJAT,..

Andai tersedia ruang yang menjadikan ia suatu HIKMAH,
Dan andai ianya izinan dari maha HEBAT,
Aku JANJI tiada lagi penolakan..
Kerana aku tahu ia hak milik ALLAH yang menjadi saksi diatas pilihannya...

Kali pertama diatas bimbingan melaluinya yg dihantarkan Allah,
Aku teresak di dalam TAUBAT,
Aku juga kagum didalam TASBIH,
Begitu tenang didalam HAJAT,
Dan merasa yakin didalam DHUHA,
Malah gembira menjadikannya sebagai ISTIQOMAH....
Diantara perubahan yang baik aku lakukan,bimbingan ini adalah yang terbaik ALLAH hantarkan buat hidup ku..
Terima kasih buat pembimbing yang dikau kiaskan rupanya melalui sujudku padaMU ya ALLAH..
I LOVE U ALLAH WITH NO DOUBT ^_^


Tuesday, September 25, 2012

INI KISAH AKU

Aku ingin berkongsi cerita suka duka hidup perit bahagia didalam setiap langkah perjalanan aku didalam meniti kehidupan penuh liku dan cabaran...
Ujian tiada pernah berhenti mengundang...dalam kepayahan itu,aku masih mampu berdiri di kaki sendiri...itulah aku empunya diri...kisah dalam permulaan diantara islam dan aku..siapa aku didala islam..cinta aku,...cinta pada ALLAH dan insan yang di ciptakan...antara kasih dan sayang...
MARI AKU INGIN KAMU KENALI AKU...

Aku dilahirkan didalam keluarga yang agak susah,berketurunan cina teowchew mengikut sebelah bapa. Keluarga aku agak tegang dari perasaan bahagia diatas sifat keegoan insan yang tidak mampu menolak rasa kejahilan dan kesombongan dalam nafsu, maka terpisahlah diantara dua jiwa ketika aku masih bergelar bayi...mereka adalah ibu dan bapaku..mereka adalah pelindungku...namun aku terpisah dari kedua kasih sayang mereka itu diatas kelemahan masing-masing yang tidak dapat menolak kelemahan dalam kemampuan mereka mentafsirkan kisah hidup...

Bersama ibu aku masih berusia setahun jagung, terpaksa menempuhi kepayahan hidup yang tiada pengertian bagiku akan betapa besar kisah yg ditulis Allah...dari permulaan kisah penceritaan diantara ibu dan perlindungan,di tengahnya terselit kisah aku juga adik beradik ku yang cukup menyedihkan...dalam ketika ibu terpaksa mencari sesuap nasi,kami ini diderai dan disakiti penjaga....maka tercipta perjalanan menempuhi liku menuju ke rumah anak yatim demi perlindungan...terpisah pula dengan ibu,dengan tangisan kasih sayang ibu,walau tiada mengerti aku,penceritaan masih juga berjalan...

BERSAMBUNG....

ISLAMKAH?

Masya ALLAH....ramainya islam hanya pada nama....Ya ALLAH,...sungguh allah lebih mengetahui suatu sifat diantara kejahilan yg dijadikan kepada setiap hamba2 mu...subhanallah maha mencipta hati dan jiwa,sungguh aku akur kesombongan hambamu dalam menadah memelihara sifat2 mu...ya rahman ya rahim...selamatkan diantara jahil dan kealpaan mereka yang sedar dalam nyata...tiada yang lebih jahil dari yang nyata sedar...maafkanlah hambamu...bukakan hatinya agar dia memahami islam dalam tiada sedarnya....aminn....
Tapi kalau selagi umat munammad menunjukkan personaliti yang buruk,mcmana la non muslim x mengutuk islam...ia kerana kita sendiri yg menzahirkan sifat buruk tanpa disedari...daripada cacian dan cercaan,apakata kita cuba bersama berdakwah kepada dia...kalau benar dia faham apa itu islam,saya yakin dia xkan sekali2 menghina islam...insya ALLAH..

KEJAHILAN

Kita memang marah dengan manusia2 yang bersifat dajal,merosakkan nama islam,tapi wahai mukminin dan mukminah,kasihanilah mereka diatas kejahilan mereka...Susuli lah dengan doa agar mereka dibukakan pintu hati...

Friday, September 21, 2012

SEMBUNYI DALAM KEMANISAN

Sorry ye bukan cuba nak bersifat sinis,now saya dah faham mengapa kita patut ikut cara islam..sebenarnya lebih indah bersembunyi disebalik hijab yg selebar berbidang tu berbanding dari yang disebaliknya...faham2 lah ya...bila dah dapat lihat point dari view yang baik,automatically segala apa yg pernah dilalui dulu membuatkan kita rasa malu dan membuang masa sungguh!...begitu juga bila berpasangan,...cukup sekadar dia memahami dan cintailah dia di dalam diam demi kerana allah tanpa perlu menunjukkan rasa cinta secara zahir dari perbuatan yang mendatangkan dosa...itu yang terbaik..mungkin setiap orang mempunyai pendapat masing2,tapi harus beringat juga,perasaan cinta tidak akan datang jika bukan kerana kehendak Allah yang memahami hati hambanya.. kebaikan selalu kan ada dan kita  perolehinya melalui jalan yang lebih baik iaitu jalan yang diredhainya...

Sunday, August 26, 2012

JANGAN CEPAT SANGAT MELATAH KALAU TAK TAJAM FIKIRAN

(Ayat nasihat bersifat sindiran..)

Kata2 lafazan belum tentunya melihatkan akan kebenaran,bentakan yang kelihatan,belum tentu jelas akan perasaan..hikmah tuhan tersembunyi dalam setiap kebenaran...dalam menguji disusuli kenikmatan,maka andai terlihatkan perbezaan,usahkan kelatahan,malah pengucapan juga harus ditekankan agar tenang berdiam damai dalam perasaan...kerana setiap ungkapan dalam kebenaran nan jelas,ia sungguh berada didalam genggaman ihsan tuhan...siapakan insan ini menakluki andaian dalam kebenaran???
Set dalam diri,empunya yang memain peranan dalam dakapan perasaan,di manakah nama tempatnya, tetap kekal bertapak di bumi yang luas lagi nyata..

Indahnya penglihatan,
tajamkanlah pandangan..
bukan maksud mengusik lintasan,
hanya cuma menetap sapaan...

Kata seorang sahabat dalam pertanyaan balas,
 "sapaan tak akan wujud kalau tak mengqidamkan akan ia...rasa itu terbentuk setelah pandangan ditajjalikan...contoh nasi impit dengan kuah kacang..." dan ia berakhir disusuli tawaannya...

Maka ku kirim kefahaman bagi keterbukaan minda pengetahuannya,.. kataku,
"bukanlah qadam andai tidak  diqidamkan,..penentuannya hanya ALLAH maha PENCIPTA..tiadalah pandangan tiadalah rasa..melainkan nikmat itu diangkat maka tiadalah berkata ianya akan manusia..bagaikan contoh diguna pakaikan,tiadalah contoh,tiadalah ketahuan akan kefahaman...juga diandaikan kuah kacang,tiadalah kacang,maka tiadakan mungkin datangnya kuah melainkan air nan tertumpah..sama ia dengan nasi impit,bagai nama yang jauh berbeda...tiadakan gelaran tiadalah rupa akan ia...maka simpul rapikan akan segalanya jadilah tiada yang beza pada nama,ianya tetap kiriman pencipta...
Pulangnya tetap berpatah kepada yang maha MENCIPTA..."

Pandai-pandailah nak faham...

ALLAH BERIKAN AQAL,GUNAKAN TANPA MENGAIBKAN ORANG LAIN

Alam fana milik maha PENCIPTA,kita penghuninya kosong belaka..dari aqal yang dihiasi,dari wajah yang menyerupai dan dari hati yang mehiasi juga dari jiwa yang mewarnai,segalanya dari titik permulaan yang sama..tiada sesuatu perkara itu datang dari sifat yang berbeza cara dan ruang yang berubah rupa...semuanya sama.Maka bentukan akan terbina dari firasat dan aqal yang bekerja..menerusi teras daya,kudrat dan rasa,menjadi suatu perasaan menzahir emosi dalam bentuk kata-kata..Lontaran bahasa lantas menjadi perantaraan diantara setiap jiwa..
Dan di setiap jiwa memainkan hati sebagai keutamaan dalam menjiwai tulus melalui kehidupan nan nyata lagi bernyawa..dalam hati nan tersurat,tiada insan mampu mengungkap isi apatah lagi melihat..hanya ALLAH menjadi hak milik nan tersirat...siapakah kita mampu melawani maha PENCIPTA sedang lafaz lidah bibir nan mengungkap jua gerak daya melontar kata penuh seribu bahasa ini jua adalah izin dariNYA diatas kehendakNYA..
Fikiran ini,kudrat ini,helaan udara yang bermain di ruang sempitan nun didalam dada ini,..siapakah peminjamnya? Apakah kita masih mengungkap lafaz memustahilkan atau menginjak akuan dari kebenaran? Jangan menoleh atau tertoleh kerana ketetapannya tetap ditempat yang sama..
Bersyukur pada kebenaran...bukan sekadar pengungkapan..kesilapan dalam kelalaian insani yang mampu dilihat..itu pada insan lain...pada diri sendiri??
Pandang kelemahan yang meragut diri,bukan pada siapa yang meragut..kerana meragutnya itu adalah dari empunya diri..
Apa yang kelihatan belum tentu kurang imannya dan apa yang jelas terlihat,belum tentu yakin itulah ketakwaannya..soal iman dan takwa hanya dimata ALLAH,..siapakah kita insan hina ini untuk menilainya??
Ketuk kepala,betulkan segala..baru terbuka minda jelas dan nyata...

- Fahimah

ANDAI KUDRAT TIADA KEMAMPUAN,MAKA JADIKAN DOA SEBAGAI HADIAH KEKUATAN

Terbiar melihat mereka menderita,aku yang disini sengsara.
Tidakkah hati kita ini merasai perih?
Hanya dengan pandangan yang melihatkan,cukuplah sekadar doa di hati menjadi azimat kepada insan yang memerlukan andai itu saja kemampuan yang mampu di kirimkan..
Ya! Kita bukanlah tuhan dan kita bukanlah malaikat..kita hanya manusia biasa..namun kita punya kemampuan paling hebat keupayaannya...DOA..ya,itulah kekuatan yang tiada tandingan yang menjadi kiriman setiap masa dan ketika...berdoalah tanpa henti siang dan malam mu buat penderita..
pinjaman mujarab menjadi perantaraan antara kita dan maha PENCIPTA...
Sebesar hadiah menjadi doa kiriman kepada insan yang memerlukan,sebesar kurnia rahmat di limpah buat insan kasih mengasihani..tiada rugi memanjatkan doa,tiadalah rugi jua nikmat yang dikirimkan tuhan..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..

PILIHAN DI ANTARA LELAKI ATAU BIDADARA?

Ketika dizaman kanak-kanak,setiap ibu dan bapa pasti akan menasihati anak-anak perempuan mereka supaya berhati-hati pabila bermain seperti kanak-kanak lelaki memandangkan bagi sesetengah anak perempuan sangat aktif dan lasak seperti kanak2 lelaki,pabila meningkat remaja emak kesayangan sy pula menasihati supaya berhati2 bila bergaul dengan kebanyakan lelaki dannjika boleh dengan kesemua lelaki..hingga ke zaman dewasa pun nasihat para ibubapa menjadi peranan penting dalam rutin kehidupan dan masih bermain di cuping telinga,hingga kadang bagi sesetengan dari mereka akan dengan sendiri atau secara automatiknya langsung tidak ingin bergaul dengan lelaki sehingga kenal dengan beberapa sahabat lelaki dan berbaik dengan mereka hingga  peribadi diri sentiasa dijaga dan tidak menentang arus agama..
Apa pun perasaan tidak menunjukkan rasa minat walaupun pernah ada, ia terkubur menjadi rahsia bila teringat nasihat yangbtidah pernah lekang dari kotak fikiran yang berada dibenak sejak kecil sehingga dewasa..

KINI BARULAH MEREKA ANAK GADIS INI FAHAM MENGAPA ALLAH JUGA MELARANG PERKARA YANG SAMA DAN MENGAPAMHARUS BERTERASKAN KEPADA AJARAN AGAMA DALAM JALINAN HUBUNGAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA..
Dari sudut yang lain yang DI HALAL kan tuhan,iaitu di gerbang perkahwinan,sudah lumrah menjadi suatu pengalaman untuk wanita melihat dengan lebih jelas biarpun ia berakhir dengan kegagalan..ia sungguh menyerikkan namun berharga pabila perkenalan membawa kepada perpisahan..

KESIMPULANNYA,apabila difikir dengan baik,baru seorang wanita akan  faham maksud sebenar nasihat dari ibu atau bapa...ketika seorang ibu meluahkan nasihatnya dengan curahan pengalaman berharganya,ia bukanlah sekadar lafaz dari bibir..
Maka dari situlah seseorang wanita itu akan tersangat faham bahawa,maksud ibu dan bapanya bukan saja sekadar berhati-hati terhadap lelaki,malah berhati-hati juga dengan nafsunya mereka.Begitu juga maksud nasihat itu kepada segala bagai jenis lelaki.Yang belum dan sesudah nikah,yang berkawan ikhlas atau tidak,yang bermulut manis,yang baik atau tidak dan bermacam lagi..
Bila sudah jelas melihat betapa luasnya dunia lelaki,di fikiran mereka akan terlintas untuk memilih lelaki bagaikan BIDADARA.Agak mustahil untuk melihat dan bertemunya,kerana ianya lebih dekat dengan ALLAH.
Dan untuk mendekatinya,para wanita harus turut mendekati ALLAH demi beroleh kurniaan rahmat dan berkat keizinan darinya supaya diri mereka akan menjadi sebahagian dari bidadara itu...indahnya..^_^
Andai pintu hati telah tertutup untuk merasai cinta,berdoalah kepada Allah agar ditinggalkan ruang walau secebis agar diberi peluang merasai kebahagiaan kasih sayang bersama bidadara yang di impikan..
Semuanya serahkan kepada ALLAH...kepada ALLAH saja...

- Fahimah

BAHANA MENONTON TV YANG MENYERANG TANPA SEDAR!!

kadang kala dalam apa jua bentuk cerita yang terpampang dimuka tv meletakkan suatu kebimbangan..menonton aksi lasak berlawan satu hal yang ringan,tapi bila masuk bab hero dan heroin itu yang menjadi hal berat dalam x sedar kepada penonton..ia pandangan kemaksiatan yang mendatangkan dosa kepada yg melihat juga mendengar..itulah ada sebabnya mengapa adalah lebih bagus jika dikurangkan menonton tv melainkan kepada cerita yang memaparkan kisah kesedaran yang kebih cenderung kepada islamik...memang akui lama tidak menonton tv,berbulan atau bertahun mendatangkan rasa ketidak selesaan malah membuatkan seseorang terbantut pada rasa keinginannya,hingga memaksa diri tetap ingin melihatkan sesuatu walaupun tiada tv...
Tiadakah datang suatu perasaan yang menakutkan..andai bimbang terlihat bermacam kemaksiatan yang sedia atau bakal terpampang secara sedar atau dalam tidak sedar,atau mata pandangan tidak terjaga dari terlihatkan perkara yang mengundang kepada dosa dan maksiat..maklumlah,segala cerita barat dan yang lain-lain takmkuralah apamjua cerita ni lengkap diselitkan bab yang menyakitkan mata kadang kala tu..
Terpulanglah pada empunya badan yang mengawal penglihatan dan pendengarannya...

CUKUPLAH SAYANG SECARA SEDERHANA

Tidak dapat menolak sayang kepada seseorang yang menarik hati kepada rasa suka...menyangi dengan sepenuhnya hati..
Namun kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menyayangi kita atau memaksa diri untuk menyayangi orang lain..
Kata pepatah,menyayangi tanpa rasa yang berlebih-lebih..sekadar menyayangi kerana persahabatan atau diatas dasar kekeluargaan..
Mengapa perlu memaksa atau meletak harap untuk dicintai atau mencintai sedangkan dengan sebuah paksaan itulah akan tergugurnya kebencian yang menguasai..
Wahai teman sekalian,menyayangi bukan pengharapan,bukan dongengan..sifat menyayangi adalah sebuah ketulusan..zahirkan dengan penuh keikhlasan tanpa melepasi batas-batas kasih sayang itu sendiri agar tiada undangan rasa yang melampaui...cukuplah kepada kadar nan biasa...
Sifat manusia,memang diakui tiada penolakan dari fitrah,namun kita mampu mengubahnya..dengan aqal juga iman ketakwaan..
Janganlah mengasihi aku dan janganlah mencintai aku melainkan rasa yang dihantar oleh tuhanmu saja iaitu Allah nan satu..andai hati maskh belum dibuka,maka janganlah dipaksa kerana hati belum bersedia untuk menerimanya..kuasa Allah yang telah menentukan sesuatu kebaikan di jalan penulisan dalam kehidupan hamba2nya..
Terimalah hakikat dan qada' Allah..Tiada yang lebih baik dari apa yang menjadi perancangannya..Yakini hati demi kebaikan yang menanti adalah sesuatu yang lebih nikmat diatas kasih sayang dan rasa cinta.l.
Cintai dan sayangi pencipta sebelum mencintai seorang insan... Tidak mustahil perasaan itu akan dihiasi keberkatan diatas kasihnya yang dikirimkan kepada kita untuk kita menghiasi kehidupan kita dengan lebih bermakna..Insya Allah...
PANJATKAN DOA DEMI KASIH KIRIMANNYA!SEMUANYA AKAN JADI MUDAH DAN INDAH... ^_^

-Fahimah

TANGISLAH APA YANG DI TANGISKAN

Wahai insan,jangan terlalu gembira bila melihat orang lain menangis kesedihan..jangan terlupa untuk menumpang merasai esakan yang di sedukan..lihatlah titisan air matanya yang mengalir..lihatlah raut wajah yang menggambarkan kedukaan..melihat segala yang dirasakan,akan membawa rasa empati yang mengundang rasa kasihan..kasih kita pada kesedihannya itu suatu perasaan yang menzahirkan rasa sayang,..menyayangi sebagai seorang insan,hamba Allah dan juga saudara seislam tentunya..walau di kotak fikiran memutar akan pengertian bahawa insan itu bukanlah dari darah daging yang sama,namun ingatlah,kita adalah sama pada kebenaran yang nyata..kita adalah generasi keturunan adam dan hawa..tiada yang berbeza juga membezakan diantara  kesemuanya..tetap sama merah berdarah..punyai hati walau hidup dan mati..punyai rasa walaupun tidak bernyawa..
Maka jangan menutupi jiwa mementing diri..menyedari tangis kerana kesengsaraan bagai kiri terkena kanan juga terasa,hulurkan bantuan sekadar kemampuan..

Sejengkal huluran tangan yang memaut,
Sebesar harapan tertulis di kalbu,
Seluas pandangan meraih di raut,
Semanis senyum diwajah nan sendu...

Jadi jangan biar kesedihan terus menakuk di ruang yang perih..
Andai ALLAH mengasihani hambanya tanpa menghitung siapa,
mengapa pula kita sebagai hambanya harus berkira?

TEPUKLAH DADA TANYALAH IMAN,
DI MANAKAH SIFAT SEBENARNYA INSAN...

-Fahimah..