Tuesday, July 23, 2013

Lelaki yang berakal dan bermaruah tidak akan menyentuh pasangannya sehinggalah tiba masa dia dinikahkan..
Lelaki begini adalah lelaki terbaik untuk dijadikan calon suami...


~ Emyne Fahimah Chan
Perempuan yang bersedia dan x sabar nak nikah adalah perempuan yg sgt2 sesuai dijadikan isteri kerana sentiasa mengelak dari diundang maksiat...

~ Emyne Fahimah Chan
Insan yang tidak bahagia adalah insan yang sentiasa suka membuatkan orang lain menderita...mahupun hanya daripada kata-katanya..

Wednesday, May 29, 2013

Hadiah yang paling teristimewa dari Allah swt kepada diri ini setelah diberikan kasih sayangNya adalah... 15 june..Pertengahan bulan,pertengahan tahun ini adalah :

<3 Kelahiranku ke dunia..
<3 Kehidupanku yang dikurniakan nikmat nyawa..
<3 Kebebasanku setelah 18 tahun didalam lingkungan peliharaan ujian cabaranNya..
<3 Kesedaranku mengenali keindahan Islam lebih dalam..
<3 Perkongsian dari penulisanku di publish dan semestinya untuk menuju ke jalan kebahagiaan Allah..

15 june adalah KEBAHAGIAAN..walau dunia ini penuh penyiksaan... ^_^
Tiada yang lebih indah dari apa yang Allah ciptakan, kita ini adalah manusia dari limpahan rahmat dan kasih sayangNya..
Terima kasih Allah... <3 Allah <3 Rasul

Wednesday, May 22, 2013

Lebih baik sedar diri jahil dan hina pada pandangan Allah,tapi paling kesian kepada manusia yang tidak sedar2 kerana Allah tutupkan pandangan mata hati mereka daripada nikmat Allah...Lebih baik memilih duduk dalam penghinaan dari duduk dalam kesesatan...
Dalam hina kita akan sentiasa sedar siapa diri kita..kemuliaan adalah kerahmatan yg kita cari,bukan kepuasan diri yg ditunggangi nafsu emosi..

'Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".' Al-Quran (6:25)

Moga Allah lindungi hambaNya yang sentiasa berjuang demiNya,Rasulnya dan agamaNya..
Ameen...
Untuk menjadi orang yang beriman,bergaullah dengan golongan yang beriman,...
akan sentiasa terpelihara hatinya untuk Allah..
Biar kita menangis hari ini kerana perjuangan kita mengejar Allah,jangan kita menangis dikemudian hari kerana kita kehilangan Allah...
Insan yang sentiasa menjadikan Al-Qur'an sebagai rujukan kepada petunjuknya,akan sentiasa terduduk dalam lingkaran yang paling selamat di akhirat...
Lebih baik banyak menangis daripada banyak ketawa...nilai lumrahnya ketawa biarlah kerana sesuatu kebaikan yg datangnya dari Allah,bukan kerana ketawa bersama2 syaitan atau iblis..
Manusia yang sentiasa peka dirinya kepada hikmah Allah lebih baik dari manusia yang sentiasa lekakan dirinya dengan buaian nikmat dunia...

Khairy Tajudin: Khalifah Allah vs Khalifah Syaitan

Khairy Tajudin: Khalifah Allah vs Khalifah Syaitan: Apa hebatnya manusia berbanding binatang? Jika manusia kata, “Kami hebat kerana setiap kali kami bangun pagi, kami basuh muka,” kucing pun ...

Friday, May 17, 2013

KHAS BUAT ISTERI,BEKAS ISTERI DAN GIRLFRIEND2 YANG SUKA MENGIKIR HARTA DAN DUIT PASANGANNYA..

KHAS BUAT ISTERI,BEKAS ISTERI DAN GIRLFRIEND2 YANG SUKA MENGIKIR HARTA DAN DUIT PASANGANNYA..

terlebih dahulu saya memohon maaf jika apa yang sy berkongsikan ini akan membuat orag lain tersinggung.Tidak berniat sama sekali..Cuma terkilan dengan sikat 'sesetengah' orang perempuan yang cenderung bersikap begini yang suka mengikis,mengugut dan rakus terhadap insan yang jujur dengan mereka.....Perkongsian ini adalah luahan secara positif dan berunsur nasihat..Harap semua faham..

Saya nak berkongsi beberapa pendapat saya tentang sifat toleransi dalam pasangan diantara satu sama lain..
Bagi seorang perempuan yang bersedia diperisterikan kerana benar2 serius memikul tanggungjawab sebagai isteri. Bukan berkahwin semata2 kerana harta lelaki atau bakal suami..Si isteri patut meletakkan rasa percaya dan kefahaman yang tinggi terhadap kemampuan seorang suami dalam memikul tanggungjawab dan bebanan untuk keluarga. Bukan sekadar menjadi isteri yang seronok boleh habiskan wang suami dan bermaharajalela didalam rumah bagai permaisuri yang tiada menyumbangkan tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya dijalan oleh seorang isteri.Ya saya faham ayat yang memaksudkan,"your money is my money and my money is my money"..ya jangan lupa isteri yang baik dan solehah takkan menggunakan duit semata2 demi kepentingan dirinya..sepatutnya sebagai seorang isteri,diri itu adalah tunjang kekuatan dan penasihat yang baik bagi suami dan bukan sekadar menjadi pendengar yang tak mampu nak berbuat apa2....Kerja suami ada pasang surut turun dan naik,menerima suami itu sebagai teman hidup adalah ibarat memeterai susah senang bersama..Jadi susah suami,isteri menjadi pembantu bersama tanpa berkira wang ringgit...Inilah orang perempuan yang jika niat berkahwin hanya kerana harta dan wang ringgit semata-mata....berakhir dengan penceraian dan terus memerah dengan rakus...apabila akhirat sudah tidak penting lagi,apabila wang ringgit menjadi raja dihati,hakikatnya kepada Allah semua dikaburkan dari pandangan..sedarlah,wang ringgit dan harta tak menjanjikan kebahagiaan dan juga x boleh selamatkan diri di alam kubur pun...selagi boleh memeras orang lain kerana kononnya adalah hak,cuba buka mata hak yang Allah tuntutkan yang mana tidak pernah ditunaikan...jangan cuba menyebut tentang hak,kerana ada yang lebih besar menyentuh perkatan itu berkaitan dengan ketuhanan..hak wang ringgit dan hak kepada Allah,mana lebih besar...
Cukup2lah menindas orang lain..redhalah dengan apa yang bukan ditentukan menjadi hak milik diri...jika Allah nak jadikan harta atau wang itu bukan milik kita,ia tetap tidak akan berada didalam genggaman sendiri..itu maknanya bukan rezeki diri...apa yang lebih penting?Diri sendiri ke atau Allah? tepuk dada tanya iman...
WANG BUKAN SEGALA-GALANYA....memang kita perlukan wang untuk hidup,tapi kalau Allah tak beri,ia tetap bukan hak milik sendiri..Renung2kanlah...

Wednesday, May 15, 2013

SAYANG ALLAH SAYANG RASUL

Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..akur akan ketentuan Allah maha mengetahui segala,segala kepayahan dan kesusahan ini adalah indah disebalik tangisan...ketenangan dan kedamaian,ia milik hati yang sentiasa bertasbih demiNya..
Mengharungi ketabahan dan kesabaran,ketenangan abadi adalah kurniaan disebalik kesukaran buat hati yang mencintai dan mengasihi kepada Allah serta RasulNya..
Adalah lebih baik terdidik dari lembahan dosa semalam dari terus leka di lembah keasyikan...kenangan adalah pengajaran,usah pernah sekali menyalahi diri dan dugaan,kerana kehendak maha Esa yang menjadikan keperitan buat hamba-hambaNya yang sangat dikasihi...Sesungguhnya Allah lebih memahami hati lebih dari makhluknya didunia ini..walaupun hanya dari kata-kata,hati kita adalah lebih luas rahsianya bersama Pencipta...sesungguhnya yang benar itu adalah apabila HATI INI ADALAH MILIKNYA...
Alhamdulillah buat hati yang tenang..ia bukti kecintaan nan abadi...daripada Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa bersama keagunganNya...

SAYANG ALLAH SAYANG RASUL.... Cinta yang tidak berbelah bagi,cinta yang tidakkan pernah terpadam dari peminjam hati ini buatMu ya Rahman ya Rahim....
Kekalkan hati ini dengan ukiran namaMu yang indah..ia adalah segalanya lebih dari apa yang aku ada kini....SUBHANALLAH...