KHAS BUAT ISTERI,BEKAS ISTERI DAN GIRLFRIEND2 YANG SUKA MENGIKIR HARTA DAN DUIT PASANGANNYA..
terlebih dahulu saya memohon maaf jika apa yang sy berkongsikan ini
akan membuat orag lain tersinggung.Tidak berniat sama sekali..Cuma
terkilan dengan sikat 'sesetengah' orang perempuan yang cenderung
bersikap begini yang suka mengikis,mengugut dan rakus terhadap insan
yang jujur dengan mereka.....Perkongsian ini adalah luahan secara positif dan berunsur nasihat..Harap semua faham..
Saya nak berkongsi beberapa pendapat saya tentang sifat toleransi dalam pasangan diantara satu sama lain..
Bagi seorang perempuan yang bersedia diperisterikan kerana benar2
serius memikul tanggungjawab sebagai isteri. Bukan berkahwin semata2
kerana harta lelaki atau bakal suami..Si isteri patut meletakkan rasa
percaya dan kefahaman yang tinggi terhadap kemampuan seorang suami dalam
memikul tanggungjawab dan bebanan untuk keluarga. Bukan sekadar
menjadi isteri yang seronok boleh habiskan wang suami dan
bermaharajalela didalam rumah bagai permaisuri yang tiada menyumbangkan
tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya dijalan oleh seorang isteri.Ya
saya faham ayat yang memaksudkan,"your money is my money and my money is
my money"..ya jangan lupa isteri yang baik dan solehah takkan
menggunakan duit semata2 demi kepentingan dirinya..sepatutnya sebagai
seorang isteri,diri itu adalah tunjang kekuatan dan penasihat yang baik
bagi suami dan bukan sekadar menjadi pendengar yang tak mampu nak
berbuat apa2....Kerja suami ada pasang surut turun dan naik,menerima
suami itu sebagai teman hidup adalah ibarat memeterai susah senang
bersama..Jadi susah suami,isteri menjadi pembantu bersama tanpa berkira
wang ringgit...Inilah orang perempuan yang jika niat berkahwin hanya
kerana harta dan wang ringgit semata-mata....berakhir dengan penceraian
dan terus memerah dengan rakus...apabila akhirat sudah tidak penting
lagi,apabila wang ringgit menjadi raja dihati,hakikatnya kepada Allah
semua dikaburkan dari pandangan..sedarlah,wang ringgit dan harta tak
menjanjikan kebahagiaan dan juga x boleh selamatkan diri di alam kubur
pun...selagi boleh memeras orang lain kerana kononnya adalah hak,cuba
buka mata hak yang Allah tuntutkan yang mana tidak pernah
ditunaikan...jangan cuba menyebut tentang hak,kerana ada yang lebih
besar menyentuh perkatan itu berkaitan dengan ketuhanan..hak wang
ringgit dan hak kepada Allah,mana lebih besar...
Cukup2lah menindas
orang lain..redhalah dengan apa yang bukan ditentukan menjadi hak milik
diri...jika Allah nak jadikan harta atau wang itu bukan milik kita,ia
tetap tidak akan berada didalam genggaman sendiri..itu maknanya bukan
rezeki diri...apa yang lebih penting?Diri sendiri ke atau Allah? tepuk
dada tanya iman...
WANG BUKAN SEGALA-GALANYA....memang kita perlukan
wang untuk hidup,tapi kalau Allah tak beri,ia tetap bukan hak milik
sendiri..Renung2kanlah...