Saturday, November 10, 2012


Jangan memaksa diri untuk berusaha mencari ilmu,..boleh jadi hasil yang dimiliki tiada keberkatan kerana tiada keikhlasan...
sebaliknya bimbinglah dan mengajar diri untuk mendalami ilmu walaupun tidak suka,lama kelamaan dengan tawadhu' dan niat di dalam hati,diri itu akan hadir dengan keikhlasan yang membuka pintu ruang keberkatan...
Indahnya kasih sayang Allah..^_^

Hakikat,..
Hikmahnya hakikat..terimalah apa yang diciptakan dan dikurniakan buat diri kita..kelebihan yang tersembunyi itu kita cari berlandaskan usaha yang luas pemikiran dalam sifat positif dan tawadhu'..
Bukan tidak boleh bermimpi untuk memiliki keindahan yang ciptakan untuk orang lain,tapi ingatlah...tidak sehebat nyata yang kan kita miliki dikemudian hari di akhirat berbanding apa yang kita cemburui dari pandangan mata terhadap keindahan yang dimiliki orang lain..

Redha,..
Redha lah diatas ketentuan yang di kirimkan bagi mengakali kesabaran dan keutuhan iman kita..
ya,..kita tidak kuat,namun cuba melawani perasaan..lawan rasa yang tidak tenteram dan memujuk hati dengan mendekati ilmu2 Allah serta mendapatkan keberkatan kasih sayang dari Allah pasti sangat membantu dan sungguh berbaloi..:)

Sunday, November 4, 2012

MANUSIA BERTOPENGKAN APA INI?

Sebahagian lelaki bijak menarik hati wanita dengan menggunakan kepandaian agamanya..jenis mempergunakan agama diatas kemahuan yang di idamkan...org jenis apakah ini?Menggunakan islam sebagai alat kepuasan?


KAHWIN MUALLAF,PERCUMA ATAU MUDAH?

Kahwin dengan reverts bukan kahwin free..kahwin dengan mereka ibarat berjanji dan bersumpah kepada Allah diatas amanah dan tanggungjawab yang sangat berat...
Bilanlihat ramai sangat yg gembira kerana berjaya memikat para muallaf dan bawa mereka masuk islam,mereka ini x sedar mereka berhadapan dengan situasinyg tersangat berat..kahwin muallaf dianggap x perlu guna modal yg banyak,buat secara ringaks kerana boleh jimat dan menggunakan alasan keagamaan sebagai satu sebab mengadakan secara ringkas...
Bila usia perkahwinan sudah menjangkau pertengahan,kemanisan sudahnpudar atau tiada,jangan kata bimbingan,pandangan juga jadi suram bak kelabu asap...Nak salahkan siapa?Apakah mereka akan disalahkan diatas nama isteri?Atau derhaka?Alasan apakah itu?Alasan untuk si suami tambah cawangan dengan senang hatinya?Apakah perasaan diantara penderitaan isteri yg menanggung siksa dan suaminyang menanggung derita kerana tidak dapat menahan nafsu?
Dimana janji lidah yang menipu itu ketika sebuah ikrar perkahwinan di ungkapkan?mudah sungguh kan?Bagus sungguh!Terasa sungguh bangga bila melaluinya kan?
Amanah bukan suatu permainan,...Amanah adalah suatu tuntutan oleh Allah..Bersikap baiklah pada mereka..Tiada beza keistimewaan itu diantara reverts dan muslim sejati...
Harta benda jika hilang amanah menjadi isu besar,namun bagaimana amanah yg menjadi tuntutan di akhirat?Siapa yang akan jawab ketika bibir di 'pencen'kan tugasan utk tidak berkata2 diakhirat nanti terhadap tanggungjawab dari ALLAH?
Pandangan terhadap muallaf oleh manusia yang tiada berhati perut dan perasaan sungguh hina...Hinakah muallaf?
Mengabaikan amanah Allah itu diantaranya dengan memandang kepentingan nafsu manakah lebih hina?
Susah sangatkah menjaga mullaf ini?Susah sangatkah untuk membimbing muallaf ini?...
Rata kebanyakan kes,sebahagian besar peratus lebih memihak kepada penganiayaan kepada muallaf atau reverts..
Maafkan saya,..janganlah marahkan saya bila martabat dan maruah muallaf cuba dilindungi...mangsanya kebanyakan dari golongan wanita..
Hingga mempunyai cahaya mata yang cantik sungguh wajah,pengorbanan dalam merempuh liku hidup sebagai seorang reverts...hasilnya ibarat keluar mulut buaya,masuk mulut harimau...
Mereka para reverts ini juga punya harga diri dan maruah..Bila suka indahnya bagai nak rak...bila dah jemu,pukul memukul pun berlaku ala2 wresling WWF...cukup2lah mereka ini menderita...Aduhai ya Robbi...manusia apakah sang suami atau lelaki yang bersifat bak haiwan?Pukul itu adalah dari yang DAYUS belaka...ingat kepada tuhan...jika tidak mampu membimbing,lepaskanlah mereka dalam keadaan aman...demi kerana perikemanusiaan yg masih ada,kasihanilah mereka dari golongan teraniaya ini..sungguh,Allah maha melihat...
Dosa kepada Allah pasti dimaafkan dengan taubat nasuha..dosa sesama insan,tidakkan tersentuh jejak ke syurga selagi tiada kemaafan...Wahai sang pembimbing yang leka,bukalah mata...lihatlah dunia..dunia ini bermain dengan nafsu yang sungguh alpa..
Selagi keseronokkan itu masih ada,selagi gembira ditungganginya,teuskanlah pilihanmu dengan hilai tawa...Akhirat itu jelas ada walau tiada rupa...jika berani menanggung beban neraka,...BERGEMBIRALAH...