Sunday, August 26, 2012

JANGAN CEPAT SANGAT MELATAH KALAU TAK TAJAM FIKIRAN

(Ayat nasihat bersifat sindiran..)

Kata2 lafazan belum tentunya melihatkan akan kebenaran,bentakan yang kelihatan,belum tentu jelas akan perasaan..hikmah tuhan tersembunyi dalam setiap kebenaran...dalam menguji disusuli kenikmatan,maka andai terlihatkan perbezaan,usahkan kelatahan,malah pengucapan juga harus ditekankan agar tenang berdiam damai dalam perasaan...kerana setiap ungkapan dalam kebenaran nan jelas,ia sungguh berada didalam genggaman ihsan tuhan...siapakan insan ini menakluki andaian dalam kebenaran???
Set dalam diri,empunya yang memain peranan dalam dakapan perasaan,di manakah nama tempatnya, tetap kekal bertapak di bumi yang luas lagi nyata..

Indahnya penglihatan,
tajamkanlah pandangan..
bukan maksud mengusik lintasan,
hanya cuma menetap sapaan...

Kata seorang sahabat dalam pertanyaan balas,
 "sapaan tak akan wujud kalau tak mengqidamkan akan ia...rasa itu terbentuk setelah pandangan ditajjalikan...contoh nasi impit dengan kuah kacang..." dan ia berakhir disusuli tawaannya...

Maka ku kirim kefahaman bagi keterbukaan minda pengetahuannya,.. kataku,
"bukanlah qadam andai tidak  diqidamkan,..penentuannya hanya ALLAH maha PENCIPTA..tiadalah pandangan tiadalah rasa..melainkan nikmat itu diangkat maka tiadalah berkata ianya akan manusia..bagaikan contoh diguna pakaikan,tiadalah contoh,tiadalah ketahuan akan kefahaman...juga diandaikan kuah kacang,tiadalah kacang,maka tiadakan mungkin datangnya kuah melainkan air nan tertumpah..sama ia dengan nasi impit,bagai nama yang jauh berbeda...tiadakan gelaran tiadalah rupa akan ia...maka simpul rapikan akan segalanya jadilah tiada yang beza pada nama,ianya tetap kiriman pencipta...
Pulangnya tetap berpatah kepada yang maha MENCIPTA..."

Pandai-pandailah nak faham...

ALLAH BERIKAN AQAL,GUNAKAN TANPA MENGAIBKAN ORANG LAIN

Alam fana milik maha PENCIPTA,kita penghuninya kosong belaka..dari aqal yang dihiasi,dari wajah yang menyerupai dan dari hati yang mehiasi juga dari jiwa yang mewarnai,segalanya dari titik permulaan yang sama..tiada sesuatu perkara itu datang dari sifat yang berbeza cara dan ruang yang berubah rupa...semuanya sama.Maka bentukan akan terbina dari firasat dan aqal yang bekerja..menerusi teras daya,kudrat dan rasa,menjadi suatu perasaan menzahir emosi dalam bentuk kata-kata..Lontaran bahasa lantas menjadi perantaraan diantara setiap jiwa..
Dan di setiap jiwa memainkan hati sebagai keutamaan dalam menjiwai tulus melalui kehidupan nan nyata lagi bernyawa..dalam hati nan tersurat,tiada insan mampu mengungkap isi apatah lagi melihat..hanya ALLAH menjadi hak milik nan tersirat...siapakah kita mampu melawani maha PENCIPTA sedang lafaz lidah bibir nan mengungkap jua gerak daya melontar kata penuh seribu bahasa ini jua adalah izin dariNYA diatas kehendakNYA..
Fikiran ini,kudrat ini,helaan udara yang bermain di ruang sempitan nun didalam dada ini,..siapakah peminjamnya? Apakah kita masih mengungkap lafaz memustahilkan atau menginjak akuan dari kebenaran? Jangan menoleh atau tertoleh kerana ketetapannya tetap ditempat yang sama..
Bersyukur pada kebenaran...bukan sekadar pengungkapan..kesilapan dalam kelalaian insani yang mampu dilihat..itu pada insan lain...pada diri sendiri??
Pandang kelemahan yang meragut diri,bukan pada siapa yang meragut..kerana meragutnya itu adalah dari empunya diri..
Apa yang kelihatan belum tentu kurang imannya dan apa yang jelas terlihat,belum tentu yakin itulah ketakwaannya..soal iman dan takwa hanya dimata ALLAH,..siapakah kita insan hina ini untuk menilainya??
Ketuk kepala,betulkan segala..baru terbuka minda jelas dan nyata...

- Fahimah

ANDAI KUDRAT TIADA KEMAMPUAN,MAKA JADIKAN DOA SEBAGAI HADIAH KEKUATAN

Terbiar melihat mereka menderita,aku yang disini sengsara.
Tidakkah hati kita ini merasai perih?
Hanya dengan pandangan yang melihatkan,cukuplah sekadar doa di hati menjadi azimat kepada insan yang memerlukan andai itu saja kemampuan yang mampu di kirimkan..
Ya! Kita bukanlah tuhan dan kita bukanlah malaikat..kita hanya manusia biasa..namun kita punya kemampuan paling hebat keupayaannya...DOA..ya,itulah kekuatan yang tiada tandingan yang menjadi kiriman setiap masa dan ketika...berdoalah tanpa henti siang dan malam mu buat penderita..
pinjaman mujarab menjadi perantaraan antara kita dan maha PENCIPTA...
Sebesar hadiah menjadi doa kiriman kepada insan yang memerlukan,sebesar kurnia rahmat di limpah buat insan kasih mengasihani..tiada rugi memanjatkan doa,tiadalah rugi jua nikmat yang dikirimkan tuhan..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..

PILIHAN DI ANTARA LELAKI ATAU BIDADARA?

Ketika dizaman kanak-kanak,setiap ibu dan bapa pasti akan menasihati anak-anak perempuan mereka supaya berhati-hati pabila bermain seperti kanak-kanak lelaki memandangkan bagi sesetengah anak perempuan sangat aktif dan lasak seperti kanak2 lelaki,pabila meningkat remaja emak kesayangan sy pula menasihati supaya berhati2 bila bergaul dengan kebanyakan lelaki dannjika boleh dengan kesemua lelaki..hingga ke zaman dewasa pun nasihat para ibubapa menjadi peranan penting dalam rutin kehidupan dan masih bermain di cuping telinga,hingga kadang bagi sesetengan dari mereka akan dengan sendiri atau secara automatiknya langsung tidak ingin bergaul dengan lelaki sehingga kenal dengan beberapa sahabat lelaki dan berbaik dengan mereka hingga  peribadi diri sentiasa dijaga dan tidak menentang arus agama..
Apa pun perasaan tidak menunjukkan rasa minat walaupun pernah ada, ia terkubur menjadi rahsia bila teringat nasihat yangbtidah pernah lekang dari kotak fikiran yang berada dibenak sejak kecil sehingga dewasa..

KINI BARULAH MEREKA ANAK GADIS INI FAHAM MENGAPA ALLAH JUGA MELARANG PERKARA YANG SAMA DAN MENGAPAMHARUS BERTERASKAN KEPADA AJARAN AGAMA DALAM JALINAN HUBUNGAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA..
Dari sudut yang lain yang DI HALAL kan tuhan,iaitu di gerbang perkahwinan,sudah lumrah menjadi suatu pengalaman untuk wanita melihat dengan lebih jelas biarpun ia berakhir dengan kegagalan..ia sungguh menyerikkan namun berharga pabila perkenalan membawa kepada perpisahan..

KESIMPULANNYA,apabila difikir dengan baik,baru seorang wanita akan  faham maksud sebenar nasihat dari ibu atau bapa...ketika seorang ibu meluahkan nasihatnya dengan curahan pengalaman berharganya,ia bukanlah sekadar lafaz dari bibir..
Maka dari situlah seseorang wanita itu akan tersangat faham bahawa,maksud ibu dan bapanya bukan saja sekadar berhati-hati terhadap lelaki,malah berhati-hati juga dengan nafsunya mereka.Begitu juga maksud nasihat itu kepada segala bagai jenis lelaki.Yang belum dan sesudah nikah,yang berkawan ikhlas atau tidak,yang bermulut manis,yang baik atau tidak dan bermacam lagi..
Bila sudah jelas melihat betapa luasnya dunia lelaki,di fikiran mereka akan terlintas untuk memilih lelaki bagaikan BIDADARA.Agak mustahil untuk melihat dan bertemunya,kerana ianya lebih dekat dengan ALLAH.
Dan untuk mendekatinya,para wanita harus turut mendekati ALLAH demi beroleh kurniaan rahmat dan berkat keizinan darinya supaya diri mereka akan menjadi sebahagian dari bidadara itu...indahnya..^_^
Andai pintu hati telah tertutup untuk merasai cinta,berdoalah kepada Allah agar ditinggalkan ruang walau secebis agar diberi peluang merasai kebahagiaan kasih sayang bersama bidadara yang di impikan..
Semuanya serahkan kepada ALLAH...kepada ALLAH saja...

- Fahimah

BAHANA MENONTON TV YANG MENYERANG TANPA SEDAR!!

kadang kala dalam apa jua bentuk cerita yang terpampang dimuka tv meletakkan suatu kebimbangan..menonton aksi lasak berlawan satu hal yang ringan,tapi bila masuk bab hero dan heroin itu yang menjadi hal berat dalam x sedar kepada penonton..ia pandangan kemaksiatan yang mendatangkan dosa kepada yg melihat juga mendengar..itulah ada sebabnya mengapa adalah lebih bagus jika dikurangkan menonton tv melainkan kepada cerita yang memaparkan kisah kesedaran yang kebih cenderung kepada islamik...memang akui lama tidak menonton tv,berbulan atau bertahun mendatangkan rasa ketidak selesaan malah membuatkan seseorang terbantut pada rasa keinginannya,hingga memaksa diri tetap ingin melihatkan sesuatu walaupun tiada tv...
Tiadakah datang suatu perasaan yang menakutkan..andai bimbang terlihat bermacam kemaksiatan yang sedia atau bakal terpampang secara sedar atau dalam tidak sedar,atau mata pandangan tidak terjaga dari terlihatkan perkara yang mengundang kepada dosa dan maksiat..maklumlah,segala cerita barat dan yang lain-lain takmkuralah apamjua cerita ni lengkap diselitkan bab yang menyakitkan mata kadang kala tu..
Terpulanglah pada empunya badan yang mengawal penglihatan dan pendengarannya...

CUKUPLAH SAYANG SECARA SEDERHANA

Tidak dapat menolak sayang kepada seseorang yang menarik hati kepada rasa suka...menyangi dengan sepenuhnya hati..
Namun kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menyayangi kita atau memaksa diri untuk menyayangi orang lain..
Kata pepatah,menyayangi tanpa rasa yang berlebih-lebih..sekadar menyayangi kerana persahabatan atau diatas dasar kekeluargaan..
Mengapa perlu memaksa atau meletak harap untuk dicintai atau mencintai sedangkan dengan sebuah paksaan itulah akan tergugurnya kebencian yang menguasai..
Wahai teman sekalian,menyayangi bukan pengharapan,bukan dongengan..sifat menyayangi adalah sebuah ketulusan..zahirkan dengan penuh keikhlasan tanpa melepasi batas-batas kasih sayang itu sendiri agar tiada undangan rasa yang melampaui...cukuplah kepada kadar nan biasa...
Sifat manusia,memang diakui tiada penolakan dari fitrah,namun kita mampu mengubahnya..dengan aqal juga iman ketakwaan..
Janganlah mengasihi aku dan janganlah mencintai aku melainkan rasa yang dihantar oleh tuhanmu saja iaitu Allah nan satu..andai hati maskh belum dibuka,maka janganlah dipaksa kerana hati belum bersedia untuk menerimanya..kuasa Allah yang telah menentukan sesuatu kebaikan di jalan penulisan dalam kehidupan hamba2nya..
Terimalah hakikat dan qada' Allah..Tiada yang lebih baik dari apa yang menjadi perancangannya..Yakini hati demi kebaikan yang menanti adalah sesuatu yang lebih nikmat diatas kasih sayang dan rasa cinta.l.
Cintai dan sayangi pencipta sebelum mencintai seorang insan... Tidak mustahil perasaan itu akan dihiasi keberkatan diatas kasihnya yang dikirimkan kepada kita untuk kita menghiasi kehidupan kita dengan lebih bermakna..Insya Allah...
PANJATKAN DOA DEMI KASIH KIRIMANNYA!SEMUANYA AKAN JADI MUDAH DAN INDAH... ^_^

-Fahimah

TANGISLAH APA YANG DI TANGISKAN

Wahai insan,jangan terlalu gembira bila melihat orang lain menangis kesedihan..jangan terlupa untuk menumpang merasai esakan yang di sedukan..lihatlah titisan air matanya yang mengalir..lihatlah raut wajah yang menggambarkan kedukaan..melihat segala yang dirasakan,akan membawa rasa empati yang mengundang rasa kasihan..kasih kita pada kesedihannya itu suatu perasaan yang menzahirkan rasa sayang,..menyayangi sebagai seorang insan,hamba Allah dan juga saudara seislam tentunya..walau di kotak fikiran memutar akan pengertian bahawa insan itu bukanlah dari darah daging yang sama,namun ingatlah,kita adalah sama pada kebenaran yang nyata..kita adalah generasi keturunan adam dan hawa..tiada yang berbeza juga membezakan diantara  kesemuanya..tetap sama merah berdarah..punyai hati walau hidup dan mati..punyai rasa walaupun tidak bernyawa..
Maka jangan menutupi jiwa mementing diri..menyedari tangis kerana kesengsaraan bagai kiri terkena kanan juga terasa,hulurkan bantuan sekadar kemampuan..

Sejengkal huluran tangan yang memaut,
Sebesar harapan tertulis di kalbu,
Seluas pandangan meraih di raut,
Semanis senyum diwajah nan sendu...

Jadi jangan biar kesedihan terus menakuk di ruang yang perih..
Andai ALLAH mengasihani hambanya tanpa menghitung siapa,
mengapa pula kita sebagai hambanya harus berkira?

TEPUKLAH DADA TANYALAH IMAN,
DI MANAKAH SIFAT SEBENARNYA INSAN...

-Fahimah..