Alam fana milik maha PENCIPTA,kita penghuninya kosong belaka..dari aqal yang dihiasi,dari wajah yang menyerupai dan dari hati yang mehiasi juga dari jiwa yang mewarnai,segalanya dari titik permulaan yang sama..tiada sesuatu perkara itu datang dari sifat yang berbeza cara dan ruang yang berubah rupa...semuanya sama.Maka bentukan akan terbina dari firasat dan aqal yang bekerja..menerusi teras daya,kudrat dan rasa,menjadi suatu perasaan menzahir emosi dalam bentuk kata-kata..Lontaran bahasa lantas menjadi perantaraan diantara setiap jiwa..
Dan di setiap jiwa memainkan hati sebagai keutamaan dalam menjiwai tulus melalui kehidupan nan nyata lagi bernyawa..dalam hati nan tersurat,tiada insan mampu mengungkap isi apatah lagi melihat..hanya ALLAH menjadi hak milik nan tersirat...siapakah kita mampu melawani maha PENCIPTA sedang lafaz lidah bibir nan mengungkap jua gerak daya melontar kata penuh seribu bahasa ini jua adalah izin dariNYA diatas kehendakNYA..
Fikiran ini,kudrat ini,helaan udara yang bermain di ruang sempitan nun didalam dada ini,..siapakah peminjamnya? Apakah kita masih mengungkap lafaz memustahilkan atau menginjak akuan dari kebenaran? Jangan menoleh atau tertoleh kerana ketetapannya tetap ditempat yang sama..
Bersyukur pada kebenaran...bukan sekadar pengungkapan..kesilapan dalam kelalaian insani yang mampu dilihat..itu pada insan lain...pada diri sendiri??
Pandang kelemahan yang meragut diri,bukan pada siapa yang meragut..kerana meragutnya itu adalah dari empunya diri..
Apa yang kelihatan belum tentu kurang imannya dan apa yang jelas terlihat,belum tentu yakin itulah ketakwaannya..soal iman dan takwa hanya dimata ALLAH,..siapakah kita insan hina ini untuk menilainya??
Ketuk kepala,betulkan segala..baru terbuka minda jelas dan nyata...
- Fahimah
No comments:
Post a Comment