Sunday, August 26, 2012

PILIHAN DI ANTARA LELAKI ATAU BIDADARA?

Ketika dizaman kanak-kanak,setiap ibu dan bapa pasti akan menasihati anak-anak perempuan mereka supaya berhati-hati pabila bermain seperti kanak-kanak lelaki memandangkan bagi sesetengah anak perempuan sangat aktif dan lasak seperti kanak2 lelaki,pabila meningkat remaja emak kesayangan sy pula menasihati supaya berhati2 bila bergaul dengan kebanyakan lelaki dannjika boleh dengan kesemua lelaki..hingga ke zaman dewasa pun nasihat para ibubapa menjadi peranan penting dalam rutin kehidupan dan masih bermain di cuping telinga,hingga kadang bagi sesetengan dari mereka akan dengan sendiri atau secara automatiknya langsung tidak ingin bergaul dengan lelaki sehingga kenal dengan beberapa sahabat lelaki dan berbaik dengan mereka hingga  peribadi diri sentiasa dijaga dan tidak menentang arus agama..
Apa pun perasaan tidak menunjukkan rasa minat walaupun pernah ada, ia terkubur menjadi rahsia bila teringat nasihat yangbtidah pernah lekang dari kotak fikiran yang berada dibenak sejak kecil sehingga dewasa..

KINI BARULAH MEREKA ANAK GADIS INI FAHAM MENGAPA ALLAH JUGA MELARANG PERKARA YANG SAMA DAN MENGAPAMHARUS BERTERASKAN KEPADA AJARAN AGAMA DALAM JALINAN HUBUNGAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA..
Dari sudut yang lain yang DI HALAL kan tuhan,iaitu di gerbang perkahwinan,sudah lumrah menjadi suatu pengalaman untuk wanita melihat dengan lebih jelas biarpun ia berakhir dengan kegagalan..ia sungguh menyerikkan namun berharga pabila perkenalan membawa kepada perpisahan..

KESIMPULANNYA,apabila difikir dengan baik,baru seorang wanita akan  faham maksud sebenar nasihat dari ibu atau bapa...ketika seorang ibu meluahkan nasihatnya dengan curahan pengalaman berharganya,ia bukanlah sekadar lafaz dari bibir..
Maka dari situlah seseorang wanita itu akan tersangat faham bahawa,maksud ibu dan bapanya bukan saja sekadar berhati-hati terhadap lelaki,malah berhati-hati juga dengan nafsunya mereka.Begitu juga maksud nasihat itu kepada segala bagai jenis lelaki.Yang belum dan sesudah nikah,yang berkawan ikhlas atau tidak,yang bermulut manis,yang baik atau tidak dan bermacam lagi..
Bila sudah jelas melihat betapa luasnya dunia lelaki,di fikiran mereka akan terlintas untuk memilih lelaki bagaikan BIDADARA.Agak mustahil untuk melihat dan bertemunya,kerana ianya lebih dekat dengan ALLAH.
Dan untuk mendekatinya,para wanita harus turut mendekati ALLAH demi beroleh kurniaan rahmat dan berkat keizinan darinya supaya diri mereka akan menjadi sebahagian dari bidadara itu...indahnya..^_^
Andai pintu hati telah tertutup untuk merasai cinta,berdoalah kepada Allah agar ditinggalkan ruang walau secebis agar diberi peluang merasai kebahagiaan kasih sayang bersama bidadara yang di impikan..
Semuanya serahkan kepada ALLAH...kepada ALLAH saja...

- Fahimah

No comments:

Post a Comment