Wahai insan,jangan terlalu gembira bila melihat orang lain menangis kesedihan..jangan terlupa untuk menumpang merasai esakan yang di sedukan..lihatlah titisan air matanya yang mengalir..lihatlah raut wajah yang menggambarkan kedukaan..melihat segala yang dirasakan,akan membawa rasa empati yang mengundang rasa kasihan..kasih kita pada kesedihannya itu suatu perasaan yang menzahirkan rasa sayang,..menyayangi sebagai seorang insan,hamba Allah dan juga saudara seislam tentunya..walau di kotak fikiran memutar akan pengertian bahawa insan itu bukanlah dari darah daging yang sama,namun ingatlah,kita adalah sama pada kebenaran yang nyata..kita adalah generasi keturunan adam dan hawa..tiada yang berbeza juga membezakan diantara kesemuanya..tetap sama merah berdarah..punyai hati walau hidup dan mati..punyai rasa walaupun tidak bernyawa..
Maka jangan menutupi jiwa mementing diri..menyedari tangis kerana kesengsaraan bagai kiri terkena kanan juga terasa,hulurkan bantuan sekadar kemampuan..
Sejengkal huluran tangan yang memaut,
Sebesar harapan tertulis di kalbu,
Seluas pandangan meraih di raut,
Semanis senyum diwajah nan sendu...
Jadi jangan biar kesedihan terus menakuk di ruang yang perih..
Andai ALLAH mengasihani hambanya tanpa menghitung siapa,
mengapa pula kita sebagai hambanya harus berkira?
TEPUKLAH DADA TANYALAH IMAN,
DI MANAKAH SIFAT SEBENARNYA INSAN...
-Fahimah..
No comments:
Post a Comment